release tension

Wednesday, 16 March 2011

siapa yang curi hati ini ?

Selesai solat isyak ,Insyirah bersiap untuk turun ke restoran yang berdekatan.Hmm.aku nak makan dengan siapa ni?Terpaksalah makan sorang-sorang ni daripada terus lapar.perut ni dari tadi asyik bergendang.Macam-macam bunyi musik ada.Guraunya sendiri.Insyirah menuju ke arah restoran itu.selesai membuat pesanan,dia mengaturkan langkahnya ke tempat meja makan yang kosong.Syira sengaja memilih tempat yang agak berdekatan dengan pemandangan tepi laut.Insyirah melabuhkan punggungnya diatas kerusi Dia terpegun melihat keindahan pulau itu walaupun pada waktu malam.Subhanallah.
  Pelayan itu menghidangkan makanan yang dipesan oleh Insyirah,iaitu sate ,ikan bakar dan minuman ABC.Seleranya bertambah melihat makanan itu di hidangkan diatas meja.Selepas membaca doa makan,dengan perlahan dia menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut.Sambil menikmati makanan itu,tiba-tiba pandangannya tertumpu pada salah satu meja yang agak jauh dari kedudukan meja makannya.pasangan itu nampak serasi,Insyirah bertambah terkejut apabila melihat dia kenal dengan lelaki tersebut.
  Aiman!Desis hatinya.Dia berhenti menjamu lalu mengambil segelas air kosong di atas meja makannya.Pandangannya tetap kepada pasangan tersebut.Seleranya untuk makan tadi,kini sudah tidak lagi.Patutlah U ceraikan I,keluh hatinya.Insyirah berdiri dari tempat duduknya dan terus beredar.
  Jam di dinding menunjukkan tepat pada pukul 10 malam.Di dalam bilik insyirah berbaring di atas katil sambil mengelamun sendiri .Baru je I nak lupakan U.kenapa U muncul  dalam hidup I lagi ?Dalam pada itu,pintu biliknya diketuk."siapa pulak yang datang malam-malam macam ni?"syira mencapai tudungnya lalu membuka pintu tersebut.Dia terkejut apabila Ashraf berdiri di depannya."Huh!awak rupanya.asyik-asyik buat saya terkejut"keluh syira."eh !macam mana awak tau ni bilik saya ?"soal syira lagi.Ashraf tersenyum "bukannya susah nak cari bilik awak.saya tanya je kat kaunter tu.dah dapat"jawab Ash selamba.Insyirah hanya menjeling.Meluat ak tengok senyuman mamat ni!desis hatinya.Dia menutup pintu biliknya,cepat-cepat ashraf menghalang."wait!maaf lah.gurau pun tak boleh ke?jom !"ajak Ashraf."nak pegi mana?"tanya Insyirah hairan."pegi makanlah.saya tau awak lapar kan ?jom lah"rayu Ash.Hmm,mamat ni sinting kot agaknya?Dia tersengih.Ash hairan dengan kelakuan Insyirah."kenapa ?ada tak kena dengan muka saya ke?"tanya Ash sambil mengelap mukanya."atau awak dah jatuh cinta kat saya kot?biasalah muka saya ni memang ramai peminat.tak sangka awak pun dah terpikat dengan kehandsoman saya ni."guraunya lagi.Insyirah hanya mengetap bibir menahan marah."excuse me MR.ASHRAF !jangan nak perasan ye !"geram Insyirah di buatnya.Dia mengerling ke arah jam di biliknya.Hmm,nak makan ke tak ?Terpaksalah ikut mamat poyo ni dari terus lapar."nak ikut ke Cik Syira ?"sergah Ash."urghh.okay !saya ikut.tunggu tau"balas Syira.

No comments:

Post a Comment