"kalau ni keputusan U ,I tak boleh nak halang"insyirah teringat akan perkara yang telah terjadi kepada dirinya.airmatanya jatuh membasahi pipi.kenapa aiman sanggup buat macam ni kat syira?syira tak nak kehilangan aiman.syira masih sayangkan aiman.tolonglah.rayu hatinya.dalam malam yang dingin akhirnya dia terlena juga.antara mereka tiada apa-apa lagi hubungan kerana mereka telahpun bercerai dengan talak satu.
Insyirah mengambil keputusan untuk bercuti selama 2 minggu dengan alasan untuk menenangkan fikirannya.dia berazam apabila dia pulang nanti dia akan melupakan semua kenangan indah bersama aiman."syira,betulkah syira nak ambil cuti selama 2 minggu?syira tak apa-apakah?"tegur satu suara yang lembut dari belakang."ibu rupanya..."balas insyirah."ya.syira dah buat keputusan nak pegi cuti.kalau boleh syira nak pegi luar negara lg.tp,syira masih ingatkan ibu.kesian ibu duduk sorang-sorang kat rumah ni"sambungnya lagi."syira tak payahlah risau pasal ibu ni.lagi pun ibu rasa lebih baik ibu duduk rumah kita kat kampung sementara syira pegi bercuti.syira rehatkan lah minda tu.paling penting solat jangan tinggal.kena selalu ingatkan ALLAH S.W.T. kerana DIA takkan pernah lupa akan hambanya yang sentiasa ingat kepada-NYA"pesan ibunya lagi sebelum dia pergi bercuti ke PULAU PANGKOR.
akhirnya aku sampai juga!!!desis hati kecilnya.perkara yang pertama yang sudah dirancang olehnya sebelum sampai ke pulau tersebut ialah untuk bersiar-siar keliling pulau.maklumlah,memang susah nak dapat cuti macam ni.lebih baik dia menggunakan cuti ini sebaik-baiknya.setelah selesai mendaftar masuk dan mendapatkan kunci biliknya, dia terus membuka langkah menuju ke caletnya.dengan bacaan bismillah dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.kemudian dia meletakkan bagasinya di atas katil lalu meluru ke arah beranda dan menarik langsir tersebut.wah!cantiknya!!!hatinya terpegun melihat pemandangan pulau itu.untungnya aku dapat bilik yang berdepan dengan pemandangan yang cantik ni.memang tak rugilah.tambahnya lagi.
selesai solat asar,dia mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti yang sudah dirancang iaitu pergi bersiar-siar!!!!!!!!!insyirah adalah seorang wanita yang periang dan tabah walaupun ditimpa masalah.dia berjalan di tepi anak-anak laut sambil menghayati pemandangan pulau itu pada waktu petang.ramai juga pelancong yang datang kat pulau ni,tapi kebanyakannya terdiri daripada pelancong dari luar negara.biasalah time2x sekolah macam ni,mana ada yang nak pergi bercuti kan?soalnya sendiri.insyirah duduk di atas bangku yang telah disediakan.tiba-tiba fikirannya teringat akan perkara yang terjadi sebelum ini."aiman..awak kat mana?"desis hatinya.ah!buat ap aku nak pedulikan pasal dia.mungkin dia dah hidup bahagia dengan perempuan tu.hatinya terlalu sakit dan pedih untuk menerima semua ini."kenapa buat syira macam ni?"sambil menundukkan kepalanya.kenapa pilih dia?kenapa awak tak setia pada syira?"soalnya di dalam hati.fikirannya hanyut di bawa angin petang.air matanya tidak berheni untuk mengalir.hmm,macam paip rosak pulak.saya sayang awak desis hatinya.tanpa disedari tiba-tiba muncul satu lembaga yang bertubuh agak sasa menghampiri dirinya dari belakang."awak tunggu siapa?"tegur lelaki itu.insyirah tersentak dengan teguran itu.
dia menoleh ke belakang."awak tunggu siapa?tanya lelaki itu buat kali yang kedua apabila pertanyaannya yang pertama tadi tidak di endahkan."takdelah."jawab insyirah selamba sambil mengesat airmatanya.lelaki itu melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang insyirah duduk."awak menangis ke?"soalnya lagi."ini mesti kes putus cinta,right?nah..."lelaki itu menghulurkan sapu tangannya yang berwarna biru kepada insyirah.syira mengangkat kepalanya"thanks"sambil melemparkan senyuman.
"awak buat apa duduk sorang-sorang kat sini ?tak takut ke malam-malam macam ni?"tanya lelaki itu.barulah insyirah perasan yang dia mengelamun sejak dari tdsampai matahari dah di telan bumi."eh..dah malam rupanya.tak perasan pulak.ingatkan masih petang"balas syira.lelaki itu ketawa geli hati dengan jawapan insyirah tadi"malam menjelmapun masih tak perasan?bahayalah awak ni"sambungnya.insyirah hairan dengan lelaki itu,dia pun hairan dengan dirinya kenapalah aku boleh jawab macam tu.kan dah kantoi!
"mesti awak banyak mengelamun ni kan?maaflah kalau mulut saya ni kurang sopan.tapi mana lah tahu kalau masalah tu saya boleh tolong?kalau tak keberatan kongsilah dengan saya?taklah beban sangat untuk awak tanggung sorang-sorang"pelawa lelaki itu."awak ni.macam mana saya nak bagi tahu awak masalah saya,sedangkan saya tak kenal awak langsung.nama pun saya tak tahu.ni kan pula nak kongsi masalah"jawab insyirah dalam nada yang agak keras"jangan-jangan awak ni ada niat jahat kut kat saya?lebih baik awak pergi sebelum saya teriak"ugutnya lagi.
"
No comments:
Post a Comment